Sunday, February 10, 2013

Bab 6


 Kawasan taman pada hari itu meriah dengan ramai pengunjung. Ramai orang datang bagi menghabiskan masa cuti bersama orang yang tersayang. Di suatu sudut, Iman sedang duduk bersendirian sambil memikirkan hal semalam.
 "Assalamualaium, Iman. Awak sibuk tak hari ni? Jom keluar dengan saya. Saya ada benda nak beritahu awak," nada suara Faiz kedengaran serius di cuping telinga Iman.
 "Waalaikumsalam. Saya tak sibuk pun. Nak jumpa? Boleh. Kat mana?" setelah menetapkan lokasi Faiz terus memutuskan talian.
 Iman bergegas siap. Dia bersiap seringkas mungkin kerana tidak mahu terlambat. Iman mencapai kunci motor lalu terus menuju k tempat yang dijanjikan.
 Faiz mundar-mandir di kafe itu. Dia tidak senang duduk. Dia nekad untuk memberitahu perkara itu hari ini. Dari jauh kelihatan Iman sedang menuju ke arah Faiz. Sebaik sahaja melihat kelibat Iman, hati Faiz semakin berdebar-debar.
 "Maaf, Faiz. Saya lambat. Tadi motor saya buat hal sekejap tu yang saya lambat ni. Maaf, ya." peluh memercik di dahi Iman.
 "Takpe. Saya pun baru sampai ni. Jomlah masuk. Kesian awak dah berpeluh-peluh," mereka sama-sama masuk kedalam kafe itu.
 Faiz memilih kawasan tempat duduk yang kurang orang kerana dia memerlukan privasi. Iman hanya mengikut sahaja langkah Faiz. Sebaik sahaja mendapat tempat duduk, mereka terus memesan minuman dan kek.
 "Apa yang awak nak cakap dengan saya, Faiz? Dengar macam penting je," Faiz terkejut mendengar soalan Iman. 
 Baru sahaja Faiz ingin membuka mulut, pesanan mereka sampai.
 "Kita makan dululah baru saya beritahu nanti," Faiz terus meyuap kek ke dalam mulutnya.
 Iman hanya menurut sahaja tanpa banyak soal. Iman begitu khusyuk menikmat kek yang dipesan olehFaiz iaitu creme brulee cheese cake. Baru pertama kali Iman makan kek sesedap itu. Selesai sahaja makan, mereka menyambung semula perbualan mereka tadi. Faiz berasa sangat cemas ketika ini.
 "Okaylah. Kita dah habis makan ni. Apa yang awak nak beritahu saya sebenarnya?" lidah Faiz menjadi kelu kerana tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara.
 "Iman, saya nak cakap sesuatu ni tapi awak jangan marah ya. Sebenarnya, dalam dua bulan ni kita kenal. Saya dah mula sukakan awak. Boleh tak kalau kita jadi lebih daripada kawan?" Iman terpaku mendengar kata-kata Faiz.
 "Saya...saya tak tahu nak cakap apa. Saya..." belum sempat Iman berkata lebih lanjut Faiz memotong kata-katanya.
 "Awak tak perlu berikan jawapannya sekarang. Awak fikir dulu baik-baik. Lepas tu, esok baru awak berikan saya jawapannya ya?" Iman hanya mampu mengangguk.
 Iman melepaskan keluhan berat. Dia masih belum membuat apa-apa keputusan lagi. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata bagi memikirkan hal ini. Konsentrasi Iman terganggu apabila sesuatu yang sejuk melekap pada pipinya. Iman menoleh untuk melihat objek yang melekat pada pipinya. Arif melekapkan air tin Revive di pipi Iman. Iman mengambil huluran air tin itu.
 "Oh, abang Arif rupanya! Ingatkan siapa tadi. Baru je nak belasah sebab kacau Iman. Abang buat apa kat sini?" Iman terkejut melihat kedatangan Arif di situ.
 "Sampai hati Iman nak belasah abang. Iman buat apa soran-sorang kat sini? Ingat pakwe ya? Boleh abang join?" Iman memberi ruang sedikit untuk Arif.
 "Iman ada masalah ke? Runsing semacam je abang tengok. Cuba cerita sikit apa yang ganggu fikiran adik kesayangan abang ni," tersenyum Iman mendengar kata-kata Arif.
 "Taklah. Takde apa-apa. Cuma tengah fikir sesuatu. Abang, Iman nak tanya satu soalan boleh tak?"
 "Boleh. Tanyalah banyak mana Iman nak tanya. Demi adik kesayangan abang ni, abang sanggup jawab apa-apa soalan," tergelak Iman mendengar kata-kata itu.
 "Okaylah. Bayangkan, abang bau kenal sorang awek ni. Lepas dua bulan abang kenal, awek tu luahkan perasaan kat abang. Apa abang akan jawab?" Arif berfikir sejenak.
 "First sekali, abang akan tanya hati abang apa perasaan abang pada dia. Kalau hati abang suka, abang terima dia. Kalau abang tak suka, abang akan tolak,"
 "Habis tu kalau abang tak pasti macam mana?" Iman memerlukan jawapan bagi ketidakpastian dalam hatinya. Arif kembali berfikir.
 "Kalau tak pasti, abang akan cuba ingat balik masa-masa yang abang dah habiskan dengan dia. Kalau abang rasa indah,abang akan terima. Begitu jugak sebaliknya. Kenapa adik tanya macam ni?"
 "Ha? Takde apa-apa. Saja je tanya. Iman baru tengok satu cerita Korea ni. Ceria dia lebih kurang macam nilah. Tu yang nak tahu kalau abang yang lalui abang buat apa," Iman mencipta alasan bagi mengelak Arif mengesan sesuatu.
 "Abang, Iman ada berita sedih ni. Esok Iman dah nak kena balik rumah. Keputusan exam dah nak keluar. Lepas tu, Iman dah tak balik sini lagi tau. Umi suruh Iman teman umi kat rumah sementara tunggu tawaran," Arif terkejut mendengar perkhabaran Iman.
 "Ala, rindulah abang kat adik nanti. Kenapa adik tak beritahu awal-awal? Sedihlah macam ni. Adik tak rindu abang ke nanti? Max dengan Krystal pun mesti rindu kat adik nanti," Iman turut sedih untuk meninggalkan tempat ini.
 Dirinya sudah sebati dengan keadaan di sini. Memikirkan bahawa dia akan meninggalkan tempat ini tidak lama lagi membuatkan hatinya terasa pilu. Melihatkan perubahan muka Iman, Arif terus bangun.
 "Disebabkan Iman lambat beritahuabang pasal hal ni jadi Iman kena denda. Iman kena dating dengan abang hari ni," Iman terpinga-pinga mendengar kata-kata Arif.
 Setelah dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Arif, Iman tersenyum. Arif akan menjadi pakwenya hari ini.
 "Ok. Kalau dating,pakwe mesti belanja awek. So, abang kena belanja Iman hari ni ya," Iman terus berlari ke arah kereta Arif sambil ketawa.
 Arif hanya mampu menggeleng dan tersenyum melihat kenakalan Iman. Sungguh, dia akan merindui gadis itu nanti.