Posts

Showing posts from January, 2013

Bab 4

 Hujung minggu merupakan hari cuti buat Iman. Dia akan menghabiskan waktu paginya dengan berjogging bersama Afiqah. Pada sebelah petangnya dia akan menghabiskan masanya di kandang kuda yang terdapat d i universiti itu.  Sek iranya Iman ada masa terlua ng , pasti dia akan pergi ke si tu. Semua orang di kandan g itu sudah mengenali Iman kerana Iman merupakan seorang yang peramah.   Dari jauh kelihatan Iman sedang mengayuh basikal nya menuju ke arah kandang kuda. Ha tinya berbunga riang kerana sudah lama dia tidak melawat kandang itu. Sebaik sahaja sampai , Iman terus menuju ke arah kuda-kuda di situ.  "Assalamualaikum , kuda-kuda sekalian! Rindu aku tak? Sorry lah dah lama tak jumpa korang. Aku busy sikitlah. Aku rindu lah kat korang. Hai M ax! Hai Krystal!" Satu persatu nama kuda di situ disebut.  Iman sudah menghafal semua nama-nama kuda di situ kerana sudah terlalu kerap datang. Max dan Krystal merupakan kuda kesayangan Iman di sini. Iman begitu khusyuk melepaskan r

Bab 3

 Salam perkenalan yang dihulur oleh Faiz disambut baik oleh Iman. Bermula dengan berbual mesra hingga bertukar-tukar nombor telefon. Setiap hari, ada sahaja panggilan telefon atau pesanan ringkas daripada Faiz.  Penyakit angau Iman semakin menjadi-jadi apabila mendapat layanan sebegini daripada Faiz. Tambahan pula, ini merupakan pertama kali Iman jatuh cinta dengan seseorang walaupun sudah beribu lelaki yang muncul dalam hidupnya. Afiqah dapat merasakan yang adiknya menyembunyikan sesuatu daripadanya.  'Iman ni lain macam je perangainya. Mesti ada something yang dia sorokkan ni. Hurm...' Otak Afiqah ligat memikirkan idea supaya Iman menceritakan hal itu sendiri.  Iman baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Dia terus melipat telekung dan sejadah dan menyangkutnya di ampaian. Iman menuju ke arah meja belajar untuk menyambung semula cerita yang sedang ditontonnya tadi. Mata Afiqah tidak lepas memandang adiknya itu. Akhirnya, senyuman terukir di bibir Afiqah.  "Ima

Bab 2

 Iman kelihatan sedang sibuk mengemaskan meja di kafe itu. Sudah seminggu Iman bekerja sebagai pelayan di kafe itu. Hatinya berbunga riang apabila memikirkan yang dia bukan lagi seorang penanggur. Lamunannya terhenti apabila seseorang menepuk bahunya.  "Ish, Iman ni. Asyik berangan je kerja dia. Sudah-sudahlah tu berangan. Pergi hantar air ni kat meja nombor lapan."  Tersengih-sengih Iman apabila kantoi berangan dengan Shahidah. Shahidah merupakan majikan Iman. Iman bingkas bangun lalu membawa dulang minuman itu ke meja yang diarahkan.  Iman meletakkan semua air dan seperti biasa dia akan melemparkan senyuman buat pelanggan. Tanpa Iman sedari, senyumannya itu telah menjadikan dirinya topik dalam kalangan mahasiswa di situ. Tambahan lagi, wajah Iman yang comel dan berlesung pipit itu mampu membuatkan sesiapa sahaja tertawan dengannya.   Iman merupakan seorang yang lurus. Jadi, dia tidak pernah perasan akan hal itu. Lagipun, sekarang hati Iman telah ditawan oleh seseoran

Bab 1

  " U mi...boleh tak kalau Iman nak ikut kak ngah pergi universiti dia cari kerja?" Iman menyatakannya lambat-lambat dan penuh berhati-hati.   M uka P uan Rugayah nampak tenang sahaja. T iada sebutir kata meniti di bibir. Mungkin sedang memikirkan ja wapan yang sesuai untuk diberikan. Jiwa Iman berdebar-debar  menanti jawapan yang bakal keluar daripada mulu t Puan Rugayah .  "Boleh..." hati Iman melonjak kegirangan.  " Tapi ada syaratnya , "mendengarkan perkataan 'syarat ' tahap kegembiraan Iman turun sepuluh peratus.   "Apa sya ratnya,umi?" hati Iman dilanda rasa gelisah.   'H arap-harap tak merepek syaratnya. ' getus Iman dalam hati.  " Syaratnya kemu mesti lulus ujian yang akan umi bagi. Kalau kamu lulus baru u mi benarkan ka mu ikut kak ngah . "   Ternganga mulut Iman men dengar syarat uminya itu . Perasaan gelabah mula menyelinap dalam diri. Puan Rugayah tersenyum melihat gelagat anaknya i tu.  "A