Tips

Colour matching tips in fashion.

Untuk korang2 yang suka fesyen meti korang taw macam mana nak matching warnakan?? Kat sini aku nak bagi beberapa tips macam mana nak matchingkan warna untuk baju.

1. First tips : Kalau korang nak matchingkan baju dengan tudung tapi takde yang sama warna. Don't worry. Korang boleh guna stle 'Mix and Match'. Korang cuba padankan baju tu dengan warna yang berlainan. Contohnya :
                i. Pink 'n' Purple
               ii. Turquoise 'n' Pink
              iii. Yellow 'n' Red
              iv. Green 'n' Pink
               v. Brown 'n' Pink
dan sebagainya mengikut kreativiti korang.

2. Second tips : Untuk yang berbaju kurung or senang kata baju berbunga2. Korang boleh pilih warna tudung tak semestinya sama dengan warna baju. Contoh baju korang major warnanye merah, tak semestinya kena pakai warna merah jugak. Cuba tengok corak atau bunganya warna apa. Contoh bunganya warna biru tapi major warna merah. Korang boleh pakai tudung warna biru sebab kat baju tu still ade warna biru so tak nampak cacat.

3 Third tips : Warna tudung yang boleh matching dengan semua warna baju. Hitam 'n' Putih. Dua warna ni paling senang korang nak matchingkan dengan semua jenis warna baju. Tapi, hati2 jugak dalam memilih hitam atau putih untuk dimatchingkan sebab kadang kala dua warna ni ada tak matching dengan certain colour.

Oklah, setakat tu je tips yang aku boleh kongsikan . Hope, bergunalah untuk korang. And sedikit perkongsian bersama.

Islam mengharuskan memakai pakaian yang cantik dan lawa tetapi janganlah melanggar had-had yang ditetap Allah, jangan membazir dan jangan takbur atau bongkak.
Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال حبة من كبر
“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.

Semoga berjaya dalam berfesyen dan sentiasa diredhai Allah. Good luck!! :)

No comments:

Post a Comment