Posts

Showing posts from February, 2013

Bab 6

 Kawasan taman pada hari itu meriah dengan ramai pengunjung. Ramai orang datang bagi menghabiskan masa cuti bersama orang yang tersayang. Di suatu sudut, Iman sedang duduk bersendirian sambil memikirkan hal semalam.  "Assalamualaium, Iman. Awak sibuk tak hari ni? Jom keluar dengan saya. Saya ada benda nak beritahu awak," nada suara Faiz kedengaran serius di cuping telinga Iman.  "Waalaikumsalam. Saya tak sibuk pun. Nak jumpa? Boleh. Kat mana?" setelah menetapkan lokasi Faiz terus memutuskan talian.  Iman bergegas siap. Dia bersiap seringkas mungkin kerana tidak mahu terlambat. Iman mencapai kunci motor lalu terus menuju k tempat yang dijanjikan.  Faiz mundar-mandir di kafe itu. Dia tidak senang duduk. Dia nekad untuk memberitahu perkara itu hari ini. Dari jauh kelihatan Iman sedang menuju ke arah Faiz. Sebaik sahaja melihat kelibat Iman, hati Faiz semakin berdebar-debar.  "Maaf, Faiz. Saya lambat. Tadi motor saya buat hal sekejap tu yang saya lambat ni.

Bab 5

 Mereka bertiga begitu khusyuk berbual sehingga tidak sedar masa sudah banyak berlalu. Jam sudah menunjukkan pukul empat setengah petang. Ari teringat tentang temu janjinya meminta diri dahulu. Tinggallah Iman dan Faiz saja di situ.  Suasana menjadi sunyi setelah Arif pergi. Masing-masing kekok untuk memulakan perbualan. Idea yang banyak untuk berbual sebentar tadi hilang setelah Arif pergi. Iman yang tidak selesa dengan situasi begitu akhirnya membuka kata.  "Dah lama ke awak kenal dengan abang Rif?" Faiz tersentak mendengar Iman berbicara.  "Lamalah jugak sebab dulu masa mula-mula masuk sini saya satu bilik dengan dia," jelas Faiz.  Sekali lagi suasana menjadi bisu. Sedang Iman mencari idea tiba-tiba sahaja Faiz ketawa. Iman pelik melihat kelakuan Faiz yang tiba-tiba.  "Kenapa awak ketawa? Ada apa-apa yang awak ke?"  "Tak ada apa-apa. Saya ketawa sebab saya pelik. Kita ni dalam telefon macam-macam benda nak dibualkan tapi bila dah jumpa depa