Bab 5



 Mereka bertiga begitu khusyuk berbual sehingga tidak sedar masa sudah banyak berlalu. Jam sudah menunjukkan pukul empat setengah petang. Ari teringat tentang temu janjinya meminta diri dahulu. Tinggallah Iman dan Faiz saja di situ.
 Suasana menjadi sunyi setelah Arif pergi. Masing-masing kekok untuk memulakan perbualan. Idea yang banyak untuk berbual sebentar tadi hilang setelah Arif pergi. Iman yang tidak selesa dengan situasi begitu akhirnya membuka kata.
 "Dah lama ke awak kenal dengan abang Rif?" Faiz tersentak mendengar Iman berbicara.
 "Lamalah jugak sebab dulu masa mula-mula masuk sini saya satu bilik dengan dia," jelas Faiz.
 Sekali lagi suasana menjadi bisu. Sedang Iman mencari idea tiba-tiba sahaja Faiz ketawa. Iman pelik melihat kelakuan Faiz yang tiba-tiba.
 "Kenapa awak ketawa? Ada apa-apa yang awak ke?"
 "Tak ada apa-apa. Saya ketawa sebab saya pelik. Kita ni dalam telefon macam-macam benda nak dibualkan tapi bila dah jumpa depan-depan masing-masing tak tahu nak cakap apa," Iman tersenyum mendengar pernyataan itu.
 Tiba-tiba satu idea terbit diminda Iman.
 "Awak pandai tunggang kuda tak?" Faiz pelik  mendengar soalan Iman yang tiba-tiba itu.
 Dia hanya mengangguk sahaja bagi menjawab pertanyaan itu. Melihat sahaja anggukan Faiz, Iman terus mengajaknya ke kandang kuda. Iman mengajak Faiz untuk melakukan sesuatu bagi menghilangkan jurang antara mereka. Cara Iman berkesan kerana mereka dapat berbual mesra semasa menunggang kuda bersama.
 Jarum jam sudah menginjak pukul enam petang. Faiz dan Iman masing-masing meminta diri untuk pulang kerana hari sudah lewat petang. Hari ini merupakan hari yang paling indah buat mereka. Temu janji pertama yang tidak dirancang setelah sebulan perkenalan. Iman menaiki basikalnya. Manakala, Faiz pula menunggang motor Kawasaki Ninjanya.
 Mereka berpisah di persimpangan kerana haluan mereka berbeza. Senyuman tidak lekang dari wajah masing-masing. Kedua-dua mereka tidak akan melupakan peristiwa hari ini. Senyuman Faiz tidak hilang walaupun sudah sampai di bilik. Shafiq pelik melihat rakan sebiliknya yang asyik tersenyum.
 Faiz terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. Usai solat, Faiz duduk dikatilnya sambil meningat peristiwa tadi. Senyumannya kembali mekar. Shafiq yang menjadi pemerhati daripada tadi akhirya membuka mulut untuk bertanya.
 "Hoi, Iz! Kau sihat tak ni?Dari tadi asyiik senyum-senyum je macam orang kena penyakit angau je ni. Ceritalah kat aku siapa yang buat kau angau macam ni," senyuman Faiz semakin lebar sebaik sahaja mendengar pertanyaan Shafiq.
 "Tadi aku pergi date. Cuba kau teka aku date dengan siapa. Kalau betul aku belanja kau roti canai," tersengih-sengih Faiz melihat muka Shafiq yang berkerut-kerut memikirkan jawapan.
 Shafiq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Setahunya, Faiz sudah banyak kali keluar temu janji. Namun,  dia tidak perah nampak Faiz sebahagia ini.
 "Siapa ya? Wanda? June? Allisa? Aku tak tahulah, Iz. Kau tu banyak sangat perempuan keliling pinggang. Confius aku jadinya," Shafiq tidak dapat meneka siapakah gerangan gadis itu.
 "Bukan dioranglah tapi Iman. Seronok date dengan dia tadi. Jangan jealous," Faiz tersenyum lebar.
 "Ima? Budak kafe tu? Patutlah happy semacam. Korang date kat mana tadi?"
 "Kat kandang kuda. Weyh, kalau kau tengok Iman tu betul-betul cunlah dia tu. Bila dia senyum, tergoda aku. Dahlah ada lesung pipit," Shafiq pelik melihat perangai Faiz.
 Sepanjang perkenalannya dengan Faiz, dia tidak pernah mendengar Faiz memuji seorang perempuan seperti ini. Walaupun sudah ramai perempuan yang mendampingi sahabatnya ini tetapi tiada seorag pun yang mendapat pujian sebegini.
 "Semacam je kau puji dia ni. Ada apa-apa ke, Iz?" Faiz baru tersedar yang dia sudah terlanjur kata.
 "Mana ada apa-apa. Saja je aku puji dia. Aku cuma nak cakap betullah apa yang budak-budak ni cakap yang Iman tu cun," Faiz mengakhiri kata-katanya dengan ketawa yang tidak ikhlas.
 "Kau kena ingat perjanjian kita tu. Kau dah janji. So, jangan mungkir janji," peluh dingin mula menyapa dahi Faiz apabila teringat 'peranjian' mereka.
 "Ya, ya. Aku ingat. Aku takkan lupalah," perbualan mereka terhenti di situ.
 Masing-masing membuat kerja sendiri. Wajah Faiz yang tadinya berseri kini bertukar muram.
 'Kenapalah aku buat perjanjian tu? Argh!' penyesalan mula bersarang dihati Faiz.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 4

Bab 1

Bab 6