Bab 1



 "Umi...boleh tak kalau Iman nak ikut kak ngah pergi universiti dia cari kerja?" Iman menyatakannya lambat-lambat dan penuh berhati-hati.
 Muka Puan Rugayah nampak tenang sahaja. Tiada sebutir kata meniti di bibir. Mungkin sedang memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan. Jiwa Iman berdebar-debar  menanti jawapan yang bakal keluar daripada mulut Puan Rugayah.
 "Boleh..." hati Iman melonjak kegirangan.
 "Tapi ada syaratnya,"mendengarkan perkataan 'syarat' tahap kegembiraan Iman turun sepuluh peratus.
 "Apa syaratnya,umi?" hati Iman dilanda rasa gelisah.
 'Harap-harap tak merepek syaratnya.' getus Iman dalam hati.
 "Syaratnya kemu mesti lulus ujian yang akan umi bagi. Kalau kamu lulus baru umi benarkan kamu ikut kak ngah."
 Ternganga mulut Iman mendengar syarat uminya itu. Perasaan gelabah mula menyelinap dalam diri. Puan Rugayah tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
 "Ap...apa ujiannya, umi?"
 "Ujiannya, Iman kena lulus masak tiga jenis hidangan yang umi akan tetapkan. Macam mana? Sanggup ke?"
 Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Otaknya cuba memproses setian perkataan yang dikeluarkan oleh Puan Rugayah. Setelah puas berfikir, Iman membulatkan tekad. Dia harus mengambil ujian ini.
 "Ok. Iman setuju. Umi nak suruh Iman masak apa? Tapi sebelum tu umi kenalah ajar cara nak masak Kat Iman dulu." tersengih-sengih Iman menuturkan kata-katanya itu kerana dia sebenarnya tidak pandai memasak.
 Puan Rugayah tersenyum melihat semangat berkobar-kobar anaknya itu. Bagi Puan Rugayah, peluang inilah yang dinantikan kerana dia ingin Iman belajar memasak. Jika dia tidak buat begini pastinya sampai bila-bila Iman tidak mahu belajar memasak. Bermula pada hari itu, kelas memasak untuk Iman dimulakan.

 Setelah tiga minggu, acara masak-memasak itu pun selesai. Banyak resepi yang telah dipelajari oleh Iman. Dia juga telah lulus ujian Puan Rugayah. Iman begitu teruja kerana dia telah melepasi ujianny aitu. Sebaik sahaja ujian itu selesai, Iman terus menelefon kak ngahnya, Afiqah bagi menyatakan berita baiknya itu.
"Assalamualaikum, kak ngah. Tengah buat apa tu? Sibuk ke? Iman ganggu tak? Iman nak beritahu something ni," teruja Iman ingin berkongsi cerita.
 "Waalaikumsalam. Kak ngah baru habis kelas. Tengah rehat-rehat aje ni. Iman tak ganggu pun. Apa yang Iman nak beritahu? Sounds like good news?"
 "Memang good news pun. Guess what, Iman dah lepas ujian yang umi bagi! So, bolehlah Iman kerja kat tempat kak ngah. Kerja tu masih available lagi tak?" beria sungguh Iman menerangkan.
 "Wah, really? That's good.Hurm...let's see. Job kat kedai fotostat tu dah ada orang ambillah tapi ade satu lagi job kat kafe. Jadi waiter. Nak?"
 Iman mula mengorak senyuman. "Oklah tu. Lagipun kan Iman dah biasa dengan makanan ni."
 Peristiwa ujian memasak bermain-main difikiran. Afiqah mengerti apa yang ingin disampaikan oleh adiknya itu. Dia tersenyum. Setelah sepuluh minit berbual akhirnya Afiqah memutuskan talian kerana dia ada hal lain yang perlu diselesaikan.
 Iman sudah mula berangan-angan. Dia tidak sabar untuk memulakan kerja. Hatinya berbunga-bunga riang apabila memikirkan statusnya sebagai penganggur terhormat bakal bertukar kepada pekerja terhormat tidak lama lagi. Tersengih-sengih mukanya memikirkan hal itu.
 'UTM Skudai, here I come!'

Comments

Popular posts from this blog

Bab 4

Bab 6