Bab 4
Hujung minggu merupakan hari cuti buat Iman. Dia akan menghabiskan waktu paginya dengan berjogging bersama Afiqah. Pada sebelah petangnya dia akan menghabiskan masanya di kandang kuda yang terdapat di universiti itu.
Sekiranya Iman ada masa terluang, pasti dia akan pergi ke situ. Semua orang di kandang itu sudah mengenali Iman kerana Iman merupakan seorang yang peramah.
Dari jauh kelihatan Iman sedang mengayuh basikalnya menuju ke arah kandang kuda. Hatinya berbunga riang kerana sudah lama dia tidak melawat kandang itu. Sebaik sahaja sampai, Iman terus menuju ke arah kuda-kuda di situ.
"Assalamualaikum, kuda-kuda sekalian! Rindu aku tak? Sorrylah dah lama tak jumpa korang. Aku busy sikitlah. Aku rindulah kat korang. Hai Max! Hai Krystal!" Satu persatu nama kuda di situ disebut.
Iman sudah menghafal semua nama-nama kuda di situ kerana sudah terlalu kerap datang. Max dan Krystal merupakan kuda kesayangan Iman di sini. Iman begitu khusyuk melepaskan rindu terhadap kuda-kuda di situ sehingga tidak menyedari seseorang sedang memerhatikannya.
"Hoi, Iman! Amboi, sampai-sampai terus jumpa kuda eyh. Bukan nak cari abang Rif kau ni." Iman terlompat apabila disergah begitu.
Iman menjeling ke arah suara yang berkata-kata. Arif tersengih melihat Iman yang sudah menjeling ke arahnya. Arif merupakan mahasiswa di situ. Dia bekerja separuh masa menjaga kuda di situ. Iman mengenali Arif sewaktu pertama kali dia datang ke situ.
"Ish, abang Rif ni! Buat Iman terkejut je. Bagilah salam dulu. Ni main sergah je. Nasib baik Iman takde lemah jantung. Kalau tak, dah lama kiok tau!" Iman menjeling lagi ke arah Arif.
Arif sudah tersengih-sengih. Dia mencari akal untuk meredakan kemarahan Iman.
" Yalah, yalah. Sorry. Kita mula balik eyh. Assalamualaikum Iman. Tengah buat apa tu? Janganlah jeling abang Rif macam tu. Tergoda abang Rif karang." Arif berpura-pura malu-malu kucing.
Tersembur tawa Iman apabila melihat Arif yang malu-malu kucing itu. Rasa marah pada lelaki itu terus hilang. Dia memang tidak boleh marah lama-lama dengan abang angkatnya ini.
"Waalaikumsalam... Yalah, Iman maafkan. Lain kali jangan buat lagi. Ala, takpelah kalau abang Rif tergoda. Imankan comel. Nanti kalau kawan abang Rif nampak Iman yang comel lagi cun ni, mesti diorang semua jelous kat abang Rif. Iman gerenti punya." terkekek-kekek Iman ketawa.
Arif yang tidak tahan dengan perangai nakal adiknya ini turut ketawa. Perangai nakal Imanlah yang membuatkan Arif selesa dengannya kerana Iman mengingatkannya dengan adik-beradik di rumah. Begitu rancak sekali mereka berbual kerana sudah lama tidak berjumpa.
Sedang mereka asyik berbual, Sufi, pembantu Arif menyatakan bahawa Arif ada tetamu. Arif meninggalkan Iman sebentar untuk melihat siapa yang datang. Iman meneruskan kerjanya menyikat bulu Max yang terhenti tadi.
Beberapa minit kemudian, Arif kembali semula bersama seseorang. Iman yang dihalang oleh Max tidak perasan kehadiran orang itu.
"Iman, ni abang Rif nak kenalkan bestfriend abang. Nama dia Faiz Asyraf." terdengar sahaja nam itu disebut Iman terus menjengah.
"Awak? Awak buat apa kat sini?" serentak Iman dan Faiz membuka mulut.
Arif terpinga-pinga melihat gelagat mereka berdua. Keadaan sunyi sebentar. Arif membuka mulut bagi mengubah suasana.
"Bro, kau kenal adik aku ke?" Faiz membuat muka pelik.
"Adik? Iman ni adik kau ke?" Berkerut-kerut wajah Faiz.
"Iman nilah adik angkat kesayangan aku yang aku selalu cerita kat kau tu. Tapi macam mana kau boleh kenal Iman?" Faiz menelan air liur yang terasa kesat.
"Kitorang jumpa kat tempat kerja Iman kat kafe tu." Iman yang daripada tadi membisu akhirnya bersuara.
Faiz melepaskan keluhan kecil. Mereka bertiga menuju ke kafe berhampiran untuk mengisi perut dan bercerita serba sedikit mengenai perjumpaan Faiz dan Iman.
best .kelakar .xsabar tunggu episode seterusnye .keep writing ya.=D
ReplyDeleteok. thanks sebab baca. :D really appreciate it. hihi. nanti smbungannye akn dipost. terlupa email blog sbb tu lme bru post:)
Deleteape kate tjuk entri tue jgn tulis sambungan tpi tulis episode yang keberpe.senang sikit nk cari..kalau x kat box tepi tue sume kuar "sambungan" je..just my opinion ..=D
ReplyDeleteok! cadangan dtrima :)
Delete