Bab 4
Hujung minggu merupakan hari cuti buat Iman. Dia akan menghabiskan waktu paginya dengan berjogging bersama Afiqah. Pada sebelah petangnya dia akan menghabiskan masanya di kandang kuda yang terdapat d i universiti itu. Sek iranya Iman ada masa terlua ng , pasti dia akan pergi ke si tu. Semua orang di kandan g itu sudah mengenali Iman kerana Iman merupakan seorang yang peramah. Dari jauh kelihatan Iman sedang mengayuh basikal nya menuju ke arah kandang kuda. Ha tinya berbunga riang kerana sudah lama dia tidak melawat kandang itu. Sebaik sahaja sampai , Iman terus menuju ke arah kuda-kuda di situ. "Assalamualaikum , kuda-kuda sekalian! Rindu aku tak? Sorry lah dah lama tak jumpa korang. Aku busy sikitlah. Aku rindu lah kat korang. Hai M ax! Hai Krystal!" Satu persatu nama kuda di situ disebut. Iman sudah menghafal semua nama-nama kuda di situ kerana sudah terlalu kerap datang. Max dan Krystal merupakan kuda kesayangan Iman di sini. Iman begitu khusyu...