Bab 2




 Iman kelihatan sedang sibuk mengemaskan meja di kafe itu. Sudah seminggu Iman bekerja sebagai pelayan di kafe itu. Hatinya berbunga riang apabila memikirkan yang dia bukan lagi seorang penanggur. Lamunannya terhenti apabila seseorang menepuk bahunya.
 "Ish, Iman ni. Asyik berangan je kerja dia. Sudah-sudahlah tu berangan. Pergi hantar air ni kat meja nombor lapan."
 Tersengih-sengih Iman apabila kantoi berangan dengan Shahidah. Shahidah merupakan majikan Iman. Iman bingkas bangun lalu membawa dulang minuman itu ke meja yang diarahkan.
 Iman meletakkan semua air dan seperti biasa dia akan melemparkan senyuman buat pelanggan. Tanpa Iman sedari, senyumannya itu telah menjadikan dirinya topik dalam kalangan mahasiswa di situ. Tambahan lagi, wajah Iman yang comel dan berlesung pipit itu mampu membuatkan sesiapa sahaja tertawan dengannya. 
 Iman merupakan seorang yang lurus. Jadi, dia tidak pernah perasan akan hal itu. Lagipun, sekarang hati Iman telah ditawan oleh seseorang. Hatinya telah ditawan oleh seorang penuntut di universiti itu. Dari jauh, kelihatan jejaka idaman Iman menuju ke kafe itu sambil mendengar lagu daripada MP3nya. Iman sudah tersenyum-senyum melihat lelaki idamannya itu.
 'Mamat yang aku suka dah datanglah! Macam mana ni? Ada yang comot tak?' Iman membelek-belek mukanya di cermin. Berdebar-debar hatinya melihat lelaki itu sedang memesan air minuman.
 "Iman, air teh O satu. Hantar kat meja nombor tiga." mendengarkan arahan itu, Iman terus melaksanakan tugasnya.
 "yosh... Jom buat air teh O yang paling sedap!" berkobar-kobar semangat Iman membuatkan air buat jejaka idamannya.
 Air itu dibuat dengan penuh teliti. Setelah siap, Iman perlahan-lahan membawa air itu ke meja bernombor tiga. Si dia sedang khusyuk menikmati makan tengah harinya. Iman tersenyum melihat gelagat pemuda itu yang seakan-akan tidak menyedari keadaan sekelilingnya.
 Sampai di meja itu, Iman meletakkan air teh O itu dan seperti biasa dia melemparkan senyumannya. Iman mula mengangkat kaki. Namun, langkahnya terbantut kerana ditegur.
 "Excuse me, cik?" Iman yang sedikit gementar berpaling ke arah suara yang memanggil.
 "Ya... Ada apa yang saya boleh bantu?" lambat-lambat Iman menjawab.
 "Boleh saya tanya sikit? Siapa yang buat air teh O ni ya?" serius muka pemuda itu bertanya. Iman sudah menggelabah.
 "Err... Saya yang buat. Kenapa? Ada apa-apa ke yang tak kena ke? Tawar ke? Terlebih manis ke?"
 pemuda itu tersenyum melihat wajah Iman yang menggelabah itu.
 "Tak ada apa-apa masalah. Cuma, saya nak beritahu air teh yang awak buat ni..." pemuda itu sengaja menggantung ayatnya.
 Iman semakin menggelabah menunggu jawapan daripada pemuda itu. "Sangat sedap! Saya belum pernah rasa teh O sesedap ni." Pemuda itu menghadiahkan satu senyuman manis kepada Iman. Iman seolah-olah terpukau melihat senyuman itu. Otak Iman memproses kata itu. Lambat-lambat, Barulah Iman tersedar bahawa lelaki itu sedang memujinya. Dia membalas senyuman itu lalu mengucapkan terima kasih.
 "You're most welcome. Anyway, saya Faiz Asyraf, pelajar Arkitektur. Awak pula?" Faiz menghulurkan tangan sebagai tanda aperkenalan.
 Iman hanya memandang sahaja tangan yang dihulur tanpa menyambutnya.
 "Saya Nur Imanina. Saya cuma pekerja kat kafe ini je. Tapi maaf ya. Saya tak salam dengan lelaki." Faiz menarik semula tangannya perlahan-lahan.
 Rasa malu mula menyerbu dalam diri Faiz.
 'Ish, segan pulak aku!' kesal Faiz di dalam hati.
 Masing-masing berbalas senyuman.          

Comments

Popular posts from this blog

Bab 4

Bab 1

Bab 6