Bab 3
Salam perkenalan yang dihulur oleh Faiz disambut baik oleh Iman. Bermula dengan berbual mesra hingga bertukar-tukar nombor telefon. Setiap hari, ada sahaja panggilan telefon atau pesanan ringkas daripada Faiz.
Penyakit angau Iman semakin menjadi-jadi apabila mendapat layanan sebegini daripada Faiz. Tambahan pula, ini merupakan pertama kali Iman jatuh cinta dengan seseorang walaupun sudah beribu lelaki yang muncul dalam hidupnya. Afiqah dapat merasakan yang adiknya menyembunyikan sesuatu daripadanya.
'Iman ni lain macam je perangainya. Mesti ada something yang dia sorokkan ni. Hurm...' Otak Afiqah ligat memikirkan idea supaya Iman menceritakan hal itu sendiri.
Iman baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Dia terus melipat telekung dan sejadah dan menyangkutnya di ampaian. Iman menuju ke arah meja belajar untuk menyambung semula cerita yang sedang ditontonnya tadi. Mata Afiqah tidak lepas memandang adiknya itu. Akhirnya, senyuman terukir di bibir Afiqah.
"Iman, kak ngah nak pinjam handphone boleh? Kredit kak ngah dah habislah. Kak ngah nak mesej kawan kak ngah sekejap."
Tanpa mengesyaki apa-apa, Iman terus menyerahkan telefon bimbitnya kepada Afiqah. Afiqah memulakan operasinya dengan menyelongkar telefon bimbit Iman. Setelah puas menyelongkar, Afiqah menyerahkan semula telefon bimbit itu kepada Iman. Iman yang khusyuk menonton cerita Korea itu mengambil telefon bimbit itu dan diletakkan di sisinya.
'Siapa Faiz ya? Bila masa pulak adik aku ni berkenalan dengan lelaki? Hurm...masa untuk soal siasat.' Afiqah menuju ke arah Iman.
Iman langsung tidak menyedari kehadiran Afiqah kerana terlampau khusyuk. Afiqah menepuk bahu Iman untuk mendapatkan perhatian.
"Iman, kak ngah nak tanya sikit boleh?" Afiqah berhati-hati menuturkan kata supaya tidak kantoi.
Iman menekan butang pause dan menghadap ke arah Afiqah bagi memberi laluan untuk Afiqah meneruskan kata-katanya.
"Kak ngah nak tanya apa? Tanyalah. InsyaAllah Iman jawab selagi Iman boleh jawab."
"Kak ngah nak tanya ni. Iman ada sorokkan something daripada kak ngah ke? Atau itu hanya perasaan kak ngah je?" Iman pada mulanya terpinga-pinga mendengar soalan Afiqah itu. Budak blur lah katakan.
Setelah otaknya dapat memproses apa yang dimaksudkan oleh kak ngahnya itu, dia terus menggelabah. Afiqah yang melihat Iman mula menggelabah dapat memastikan bahawa adiknya sedang menyembunyikan sesuatu.
"Sorokkan apa kak ngah? Iman mana ada sembunyikan apa-apa." Kata-kata Iman diakhiri dengan tawa yang kedengaran janggal.
"Iman, tak baik tipu tau. Umikan pernah cakap kalau menipu ni dosa. Lagipun, Iman kalau ada apa-apa mesti Iman selalu share dengan kak ngah. Tapi, sejak akhir-akhir ni Iman dah tak cerita apa-apa lagi dekat kak ngah. Kak ngah sedih tau. Iman macam dah tak sayang kat kak ngah lagi."
Lakonan mantap daripada Afiqah pasti dapat membuka mulut Iman kerana Iman sangat mudah menggelabah dan dia tidak pandai memujuk orang.
"Err...kak ngah janganlah macam ni. Kak ngahkan tahu yang Iman ni tak pandai pujuk orang. Hurm... Yalah, yalah. Iman beritahu."
Dalam diam Afiqah tersenyum kemenangan. Suka kerana lakonannya menjadi. Iman mengambil nafas dalam-dalam sebelum memulakan cerita.
"Iman ada kenal sorang budak ni. Budak universiti ni. Kitorang kenal masa Iman tengah kerja. Dah dua minggu kitorang kenal. Dia ni budak Arkitektur. Dia tua dua tahun dari Iman. Nama dia Faiz Asyraf." Iman menghembus nafas berat setelah selesai bercerita.
Muka Afiqah berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu.
'Aku macam pernah dengar nama ni. Tapi kat mana ya?' Afiqah memerah otaknya untuk mengingati nama itu. Akhirnya, baru dia teringat.
"Nama dia Faiz Asyraf ya? Kak ngah pernah dengar cerita pasal budak nilah Iman. Kak Siti ada cerita dekat kak ngah. Dia beritahu yang abang Firdaus kata budak ni banyak sangat gosip. Gosip burukla. Abang Firdaus ada dengar yang dia ni suka main-mainkan orang. Kak ngah tak taulah sejauh mana kebenaran berita tu tapi kak ngah nasihatkan Iman hati-hatilah dengan dia, ya? Kak ngah takut something happen kat Iman nanti."
Iman menelan perkhabaran itu lambat-lambat. Sungguh, dia terkejut mendengar berita itu. Faiz seorang yang baik. Takkanlah dia orang yang seperti dikatakan oleh kak ngah tadi. Hatinya kuat menidakkan berita itu. Baginya, berita itu palsu.
Bila hati dah sayang, bukan mudah untuk percaya berita buruk mengenai yang tersayang. Iman menolak berita itu.
"Iman tak rasa dia macam tulah kak ngah sebab Iman kenal dia. Dia baik. Takkan dia nak main-mainkan perasaan orang pulak? Takde sebab dia perlu main-mainkan perasaan orang." Iman tetap membela Faiz.
Afiqah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Kenal benar dia dengan adiknya seorang ni. Jika dia sudah membuat keputusan, tiada siapa yang boleh mengubahnya lagi.
"Kalau itu yang Iman fikir, terpulanglah. Kak ngah cuma sampaikan apa yang kak ngah tau. Harap-harap keputusan Iman tu betullah. Tapi kalau dah jadi sesuatu nanti jangan salahkan kak ngah tau. Kak ngah dah beritahu Iman."
Iman tetap mempercayai Faiz. Dia tidak dapat menerima berita yang diterimanya tadi. Bagi dia, gosip itu hanyalah dusta belaka. Pasti ada seseorang yang cemburukan Faiz. Ya, pasti ada orang yang cemburukan Faiz. Masakan tiada orang yang cemburukan Faiz. Faiz merupakan pelajar top yang paling hot dan kacak. Dia juga merupakan anak orang kaya. Pasti ramai yang iri hati dengannya.
'Ya! Faiz tak jahat. Dia takkan main-mainkan orang. Dia baik...kan?' Terdapat sedikit keraguan dalam hati Iman namun segera diusir perasaan itu.
Comments
Post a Comment